KANAK KANAK MELAYU.
PERMAINAN TRADISIONAL.












TENTANG KAMI



Selamat Datang!
Kami Solha dan Shufiah daripada sekolah Menengah Marsiling,kelas 3m2.






Atikah&ati'qah Azizi&syabrin
Asriani&taqiuddin Dhaimirah&hisyam
Hajarah&fatin M2 Haziq&raimi
Raim&irwan Nazira&fatin M3
Natasha&fazlinda Radiyah&sharitta
Saliha&hafizah Zawani&suzliyanee
Shafiqah&yani&marhamah Ridzwan&alim
Ain&afira Afiq&hafiz
Nazifi&khazin Faezah&lubna
Fathin&sabirah


SILA BICARA






Batu Seremban
Friday, July 25, 2008


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang.


Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua cara. Cara pertama mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.


Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.


Mati PermainanSekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.


Permainan sepak takraw
Wednesday, July 23, 2008


Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Cara untuk bermain permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Menimang Bola Permainan ini memerlukan kecekapan fizikal dan ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.


Cara bermain teng teng
Monday, July 21, 2008

Sebelum permainan teng teng dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.


Permainan teng teng
Saturday, July 19, 2008




Permainan teng teng dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.



Pada zaman dahulu, gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan . Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.





Permainan cari cucu
Wednesday, July 16, 2008

Sebelum permainan cari cucu dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Siapa yang ingin menjadi nenek harus ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain . Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

Nyanyian:
Nenek, nenek,si bongkok tiga.
Siang mengantuk,malam berjaga.
Mencari cucu di mana berada.
Nenek kahwin dengan anak raja.

Cucu-cucu akan mengelilingi nenek semasa bernyanyi. Perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat dilakukan semasa cucu cucu bernyanyi.
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

Nyanyian
Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tua banyak sakti.
Sekarang neneknak cari ganti.
Siapa yang kena,dia menjadi.

Setelah selesai medendangan lagu masing-masing,cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek akan mencari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu , nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menggantikan tempatnya sebagai nenek. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

rujukan: http://malaysiana.pnm.my/03/0304cari_cucu.htm


PERMAINAN CARI CUCU
Sunday, July 13, 2008

Selain permainan wau, terdapat juga permain cari cucu yang masih boleh dimainkan.
Permainan cari cucu adalah salah satu permainan traidisional budaya melayu.
Permainan ini mempunyai dua buah lagu yang menarik yang akan dinyanyikan semasa bermain. Ia boleh dimainkan dengan ramai orang di sesuatu tempat yang lapang.
Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat akan diperlukan sebagai alat semasa bermain.
Permainan ini pernah dimainkan di sebuah filem 60'an.
Permainan cari cucu amat menyeronokkan dan ia boleh mengisi masa lapang kamu.

rujukan: http://malaysiana.pnm.my/03/0304cari_cucu.htm


WAU & LAYANG2
Saturday, July 12, 2008


seorang pakcik yang sedang membuat wau.


Layang-layang juga serupa dengan wau. Dan, pesta layang-layang terkenal dengan hiburannya di seluruh dunia.
contoh:


pesta layang-layang di Jepun.

pesta layang-layang di German.

layang-layang naga yang panjangnya lebih seratus kaki;terdapat di cina.

dan banyak lagi..

rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Kite